Monday, July 18, 2011

Info Sihat


Menyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.


Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
1.      Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
2.     Sembelit atau cirit-birit yang kerap
3.     Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
4.     Kuku dan rambut yang rapuh
5.     Badan dan nafas berbau
6.     Sering sakit kepala
7.     Sakit leher , bahu , sendi dan otot
8.     Peredaran darah yang lemah  tangan atau kaki sejuk
9.     Imsomnia atau masalah tidur
10.   Meradang dan kemurungan
11.   Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
12.   Berat badan dan pembendungan air dalam badan
13.   Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
14.   Alergi dan pengidaman makanan
15.   Peningkatan tekanan darah
16.   Kurang tenaga syahwat.


Apa yang anda dapat jangkakan dari program menyahtoksik yang baik
1.      Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
2.     Daya ketahanan badan yang lebih kuat
3.     Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
4.     Pembuangan air besar yang kerap
5.     Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
6.     Kulit yang lebih cerah dan sihat
7.     Badan yang lebih langsing
8.     Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses
badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

2 comments:

  1. salam..

    satu info yg sangat berguna.....

    ReplyDelete
  2. singgah blog u...nice 2 meet u...thnxs 4 the info...(^_^)

    ReplyDelete