Monday, July 18, 2011

Info Sihat


Menyahtoksik Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.


Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
1.      Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
2.     Sembelit atau cirit-birit yang kerap
3.     Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
4.     Kuku dan rambut yang rapuh
5.     Badan dan nafas berbau
6.     Sering sakit kepala
7.     Sakit leher , bahu , sendi dan otot
8.     Peredaran darah yang lemah  tangan atau kaki sejuk
9.     Imsomnia atau masalah tidur
10.   Meradang dan kemurungan
11.   Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
12.   Berat badan dan pembendungan air dalam badan
13.   Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
14.   Alergi dan pengidaman makanan
15.   Peningkatan tekanan darah
16.   Kurang tenaga syahwat.


Apa yang anda dapat jangkakan dari program menyahtoksik yang baik
1.      Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
2.     Daya ketahanan badan yang lebih kuat
3.     Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
4.     Pembuangan air besar yang kerap
5.     Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
6.     Kulit yang lebih cerah dan sihat
7.     Badan yang lebih langsing
8.     Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses
badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus Kotor, Punca Pelbagai Penyakit!!






Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat banyak najis terlonggok.







Apakah itu sembelit ?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata. "Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus!". Sebenarnya anda silap. Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.




Apakah itu Najis Terlonggok ?

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.